Khamis, 5 Disember 2013

SK Kuala Triang Banjir

   ( 5.12.13 )



 Paras air semakin meningkat.

(  5.12.13 )

                                        Pemandangan banjir di SK Kuala Triang

Sabtu, 26 Mac 2011

Sukan Tahunan SKKT 2011


Sukan Tahunan SK Kuala Triang telah dilangsungkan dengan meriah di padang SKKT pada 26.3.11 bermula 8 pagi hingga 2.00 petang. Berbagai-bagai acara telah dipertandingkan. Kejohanan edisi ini telah menyaksikan rumah Laksamana (Biru) menjadi johan keseluruhan diikuti oleh rumah rumah Bendahara (Merah) di tempat kedua dan Temenggung Kuning di tempat ketiga.

Johan Badminton MSSD Bera.


Pelajar Tahun 6 Cemerlang, Nur Ain Nabila bt Ismail dan Erni Ezati bt Edil telah berjaya mengharumkan nama SK Kuala Triang pada Kejohanan Badminton MSS Daerah Bera. Nur Ain Nabila berjaya menjadi johan bagi acara perseorangan perempuan bawah 12 dan Johan bergu perempuan bersama Erni Ezati. (Gambar) Jurulatih badminton SKKT, En. Mazha b Mustafar dan En. Chew Sun bersama Nur Ain dan Erni.

Rabu, 30 Jun 2010

Rombongan ke Terengganu dan Kelantan untuk murid Tahun 6 2010

Rombongan sambil belajar ke Terengganu dan Kelantan untuk murid-murid tahun 6 seramai 33 orang dan diiringi seramai 10 orang guru dijangka akan bertolak pada 2 Julai 2010 dari SK Kuala Triang pada pukul 9.00 pagi. Moga perjalanan dilindungi Allah daripada segala bahaya dan selamat pergi dan balik.

Lahirlah blog skkt...

30.6.2010, dapat la juga blog ni diwujudkan. Pengisian belum ada, tapi dari masa ke masa,maklumat akan ditambah untuk makluman semua.