Maklumat Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

SK Kuala Triang mula dibuka pada 23 Januari 1940.Dulunya terletaknya di seberang Sungai Pahang dan dikenali sebagai Sekolah Umum Tanjung Pamun.

Pada ketika mula dibuka, guru besarnya Encik Idris bin Mohd Yusof (Allahyarham) dan dibantu 2 orang guru pelatih (dulu dikenali sebagai guru kaka ). Seramai 72 orang murid yang menjadi murid perintis sekolah ini.

Ketika zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu dalam tahun 1941, sekolah ini telah ditutup dan dibuka semula pada 30 Disember 1945.

Sekolah ini terpaksa ditutup semula dalam tahun 1948 berikutan ancaman komunis dan seluruh negara diisytiharkan darurat. Apabila keaadan kembali aman, penduduk tempatan telah membina secara gotong-royong bangunan kayu berukuran 26 kaki x 18 kaki untuk dijadikan bilik darjah di tapak baru yang digunakan sekarang. Sekolah ini mula beroperasi pada 28 April 1951.

Pihak kerajaan telah membina bangunan baru dalam tahun 1953 bagi menggantikan bangunan gotong-royong dan telah dirasmikan dalam tahun 1956 oleh Almarhum Sultan Ibrahim , Sultan Pahang ketika itu .

Dalam tahun 1980, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Triang memandangkan ianya terletak di Kampung Kuala Triang.